Fiza's FotoPage

By: Fiza Yezid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Sunday, 4-Jan-2009 14:05 Email | Share | | Bookmark
Dosa Umpat Kekal Jika Tak Diampun Mangsa

Sejak balik malaysia ni,telinga ku asik berbuat dosa aje....renungan untuk diri sendiri jugak..Macam mana nak sampaikan ni without hurting others feeling.especially elderly..huhuhuhu..


MENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud, " Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim).

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa.

Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah s.a.w : "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah bermaksud : " Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri kita daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat ini. Antaranya ialah:

• Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.

• Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi di dalam sudah busuk dan berulat.

• Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.


Friday, 11-Jul-2008 05:46 Email | Share | | Bookmark
Snow playing again!

 
 
 
View all 19 photos...
this time pegi kat Lake Mountain pulak.it's near melbourne.tapi takde tempat skiing.we won't be skiing anyway. time kitorang sampai,snow tgh turun.memang sejuk sgt la..so takut anis freezing n tak dpt enjoy snow playing.terpaksa la meng hire skisuit kat dia.snow suit yg pink tu tak warmth sgt.and anis really did enjoy the snow,sampai tanak naik tobagan,tanak dukung,tanak pakai glove! coz nak pegang snow sendiri..pas tu bila tgn sejuk baru la nak pakai glove.and finally we made our very own snowman..yeyy!! we really had an awesome day.anis slept all the way home...


Saturday, 5-Jul-2008 13:49 Email | Share | | Bookmark
Mt Buller here we come!

 
 
 
View all 16 photos...
Mt buller,the neareast skiing/snow playing resort to melbourne.approximately 3 hours drive from melbourne.so we began our journey at about 7.30am (planned nyer kul 6..hehehe) so we reached there at about 11am.first timer tgk snow (mama n anis ajeee laa) so memang best gile la.anis memula tu freezing gak la.so diam ajee (dia taknak pakai glove..tu pasal).mama lupa plak bwk snow boot anis,so hire aje laa.. .then almost 2pm.it's begin to sunny.so anis active balik laa..main baling2 snow.buat snowman tak jadik..last2 amik gambar ngan snowman org lain buat..aheheheh..sib baik anis tak buat perangai.so we had an awesome day at mt buller.yeeyyyy!


Monday, 30-Jun-2008 14:57 Email | Share | | Bookmark

anis on the swing at a park near melbourne museum
anis and aunty aisya eating their hearts out
 
View all 24 photos...


Monday, 23-Jun-2008 05:46 Email | Share | | Bookmark
main rumah2

kain pelekat sapekah itu?
happy!
with her doll
View all 5 photos...
ni la rumah baru anis.hehehe..owwhh..ada giant la dlm rumah anis.tak muat dia nak duduk. .dulu anis suka main khemah2 bawah meja,pas tu paksa mama n abah duduk sekali bawah tu.huhuhu.duduk la 3 beranak bwh meja.but then anis selalu terhantuk n mama pun sakit tengkuk.so buat la khemah mcm ni.balik m'sia pinjam rumah auntie aisya la anis ek.got some pics around housing area too.we'll be leaving this home sweet home soon.


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net